YAYASAN MUAMALAT BELIA.


Yayasan Muamalat Belia telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb April 2001 dan bahawa syarikat ini adalah sebuah syarikat berhad menurut jaminan.

Yayasan berazam untuk merealisasikan agenda-agenda yang telah dirancang secara terperinci demi untuk membangunkan anak bangsa terutamanya generasi belia kearah kecemerlangan setanding dan setaraf dengan bangsa asing. Untuk menerima, mengurus, membimbing menggerak dan menjana bagi pembangunan generasi remaja atau belia amnya didalam semua aktiviti gerakan belia, kompenan ahlinya atau pertubuhan yang mempunyai dasar objektif yang sama didalam aspek sosioekonomi, pendidikan, keselamatan, kebajikan dan alam sekitar.

Objektif  Yayasan MENJANA KEJAYAAN urusniaga Malaysia dengan membantu BELIA negara mendorong diri ke arah WAWASAN 2020.

Misi

Bergerak atas inisiatif untuk membangunkan anak bangsa melalui KONSEP BELIA CEMERLANG 1 BELIA 1 KOMUNITI

Visi

MENJANA KEJAYAAN urusniaga Malaysia dengan membantu BELIA negara mendorong diri ke arah WAWASAN 2020. Masa depan kita terletak pada generasi belia hari ini dan ia menjadi tanggungjawab kita menyokong usaha mereka.Kepimpinan dan bimbingan melalui teladan dapat membantu seseorang mencapai impiannya dan menangkis rasa takut dan tidak kepercayaan diri.

AKTIVITI YAYASAN

  • Pembangunan Masyarakat Prihatin.
  • Pembangunan Keusahawanan.
  • Pembangunan Kerohanian & Pembentukan Akhlak.
  • Aktiviti Fizikal: Sukan Rekreasi & kesenian.
  • Program: Mentoring: AKADEMI YMB 2020.